e-Operasi Modul Maklumat Data Guru

e-operasi merukan satu sistem secara online yang mengumpulkan maklumat data guru. Ini adalah salah satu modul di dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) di bawah Pengurusan Guru. Ianya juga dikenal sebagai eoperasi modul maklumat data guru.

eoperasi data maklumat guru

e-Operasi Modul Maklumat Data Guru

Anda boleh mengakses modul ini dengan terus login ke dalam sistem e-operasi online ini.
Caranya adalah seperti berikut:
  1. Masuk ke e-operasi.
  2. Login dengan login id dan kata laluan anda
  3. Klik login
Untuk masalah terlupa kata laluan, boleh ke sini.
Selepas ini, bolehlah anda mengisi segala maklumat data guru mellaui sistem e-operasi ini. Semoga artikel ringkas mengenai e-operasi Modul Maklumat Data Guru ini dapat membantu anda.

LOGIN e-Operasi

Untuk memasukkan maklumat guru dan bukan guru ke dalam sistem e-Operasi, anda dikehendaki untuk login terlebih dahulu. Di sini kami akan kongsikan cara untuk login e-operasi.

Selepas mendaftar pengguna,pastikan anda ingat Login ID dan juga kata laluan anda.

Cara Login e-Operasi KPM

Berikut adalah cara untuk login;
  1. Pergi ke pautan e-operasi
  2. Masukkan Login ID, Kata laluan dan kad pengenalan. 
  3. Pergi ke sini jika terlupa kata laluan e-operasi.
  4. Selepas memasukkan maklumat, klik Login.
Selepas login, anda akan dibawa kepada paparan seperti di bawah ini.
login e-operasi
Pada sebelah kanan adalah menu-menu yang terdapat pada eoperasi. Manakala pada sebelah atas kanan pula merupakan manual cara menggunakan menu ini. Anda boleh muat turun panduan tersebut terus ke dalam peranti anda.
Semoga artikel ringkas ini dapat membantu anda login e-operasi dengan jayanya seterusnya mengemaskini maklumat anda.

Terlupa Kata Laluan e-Operasi

Terlupa kata laluan e-operasi merupakan perkara normal yang berlaku kepada pengguna. Akan tetapi, anda jangan risau. Ini kerana kata laluan boleh didapati kembali dengan cara yang akan kami tunjukkan ini. Ini merupakan perkara perlu dilakukan jika terlupa kata laluan e-operasi.

Apa yang penting, alamat email yang anda isi ketika daftar pengguna e-operasi adalah masih ‘hidup’.

Kata Laluan Terlupa e-Operasi

Berikut adalah cara untuk anda mendapatkan kembali kata laluan e-operasi.

  1. Masuk ke portal eoperasi: SINI
  2. Kemudian, klik “lupa kata laluan”
  3. Anda akan dibawa ke paparan seperti berikut.
terlupa kata laluan eoperasi
Kemudian, isikan no kad pengenalan anda. Klik HANTAR. kata laluan akan diberikan melalui email anda. Semak email anda.
Semoga artikel mengenai terlupa kata laluan e-operasi ini dapat membantu anda mendapatkan kembali kata laluan e-operasi seterusnya dapat login seperti sedia kala.

Cara Mendaftar Pengguna e-Operasi

Sebelum menggunakan sistem e-Operasi, pengguna perlulah terlebih dahulu mendaftar pengguna. Ini bagi membolehkan pengguna mempunyai login ID serta kata laluan. Di sini kami kongsikan cara untuk mendaftar pengguna e-Operasi .

Antara maklumat yang diperlukan untuk mengisi borang pendaftaran pengguna adalah no kad pengenalan.

Cara daftar Pengguna e-Operasi

Berikut adalah cara untuk mendaftar pengguna e-operasi.
  1. Masuk ke pautan ini: Daftar
  2. Kemudian isi borang yang tertera seperti di bawah ini dengan lengkap.
  3. Klik simpan.
daftar pengguna eoperasi
Anda diminta untuk memastikan segala maklumat yang anda isi adalah tepat. Pastikan juga anda mengingati soalan keselamatan. Ini bagi membolehkan anda untuk mendapatkan kembali katalaluan (password) sekiranya anda terlupa.
Selepas mendaftar, email pengesahan akan dihantar ke alamat emel yang anda daftarkan. Anda bolehlah terus login menggunakan kata laluan yang anda buat sebentar tadi.
Semoga artikel ringkas mengenai cara mendaftar pengguna eoperasi ini dapat membantu anda.